shoutbox

Friday 6 November 2015

Sahabat


    Assalamualaikum, kita berjumpa lagi. fuh, penat. biasalah dok asrama,nk balik rumah. tambah² pulak nak hujung tahun ni, kena bwak balik barang² yang ada skit². nk tunggu minggu last? mmg 10 beg la jwabnya kluaq dari asrama. hehe... banyaknya barang Anna :D ok. entry kali ni kita nak cakap tentang "Sahabat". apa makna sahabat bagi korang semua? sama tak makna dengan kawan? bagi Anna? tak tau nak kata. bagi ibu, sahabat ni klon kita. yang tahu segala galanya tentang kita. yang punyai sikap hampir serupa. yalah, dah semestinyakan sahabat tu sekepala. susah nak jumpa 2 sahabat  yang tak sekepala.bagi Anna pulak, sahabat bermaksud orang yang sanggup ada disisi kita walau apa pun yang terjadi. ketawa dan nangis tak asing² semuanya together. like together ². ceewwah! pernah sekali, putus kawan, balik rumah, nangis² sampai bengkak mata. last² ibu kata, "kak pi amek baju, buh dalam beg! ibu nak pi hantaq kak pi rumah kawan tu! macam la dia sorang ja kawan yang kak boleh buat kawan, macam dah tak wujud orang laen nuhh!" marah besar ibu. terdiam terus anna. terfikir."eah,eah. btoi jgak eh? awat la aku tak terfikir eh? punya banyak orang ada kat muka bumi ni, yang boleh buat kawan. malah lebih baik dari budak tu." esok² tu, Anna elok balik, gelak huhahuha jugak. kawan tu pon dah tak tau dah pi mana. sekarang? Alhamdulillah... Ada aja sahabat di sisi. 8 orang. ehh? tetiba rasa ramai. hehe. yela, yang ada kat sekeliling anna ni 3 orang aja. yang dok jauh² tu yang ramai tuh. sampai 5 nak! sahabat, bagi Anna agak penting la. sebab apa? Anna sedar diri Anna tak la rajin mana... hee ^^' kalau ada sahabat senang  kalau malas nak belajar, dia la beletiaq kat kita. orang tua penat² kerja la, nak sara kluarga, harumkan nama sekolah, blablabla... bebel sampai la dia tengok  Anna macam nak belajar. then dia akan senyum and cakap ayat skema dia,"cam ni arr kawan!". eargh rindunya! baru sehari berpisah. esok jumpa balik. fuhh... excited nak balik hostel esok! dan nampak gayanya... kehidupan Anna diasrama makin mencabar. tak capai piawaian minimum untuk lepas masuk asrama tahun depan, out la Anna! huhu... next year, Anna dah ada exam penting. mengenangkan nama exam tu, lutut pun ketaq. PT3 ke SPM ke STPM? tertanya tanya kan? bukan? hehe... nanti² tu tau la... setakat ini saja entry kali ni. Assalamualaikum.
 n.n Hope sihat selalu.

No comments:

Post a Comment